the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, June 27, 2026
21.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

OPS hormat undang-undang Jalan Raya : 13,138 saman dikeluarkan

KUALA LUMPUR: Sebanyak 13,138 notis saman dikeluarkan melibatkan pelbagai kesalahan bagi Operasi Hormat Undang-undang Jalan Raya Polis Kuala Lumpur, sepanjang tempoh empat hari sehingga semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur ACP Sarifudin Mohd Salleh berkata antara kesalahan yang dilakukan ialah berhenti di petak kuning, tiada lesen memandu dan ubah suai struktur atau peralatan kenderaan.

Beliau berkata operasi tersebut melibatkan kekuatan lebih 1,500 pegawai dan anggota polis serta agensi penguat kuasa lain seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Jabatan Pengangkutan Jalan dan Jabatan Alam Sekitar.

“Antara kesalahan yang dilakukan ialah nombor pendaftaran fancy, tiada cermin sisi dan lampu brek tidak berfungsi. Pihak polis turut menahan 30 individu dalam operasi yang sama dan menyita tiga buah kenderaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa sebelum ini mengumumkan Operasi Hormat Undang-Undang Jalan Raya Polis Kuala Lumpur akan dilancarkan bermula Selasa (4 Jun) hingga 15 Jun ini, bertujuan meningkatkan keselamatan jalan raya dan menguatkuasakan peraturan lalu lintas di bandar raya ini.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings