the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
21.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Orang ramai diajak sertai Himpunan Pembebasan Palestine Ahad ini

KUALA LUMPUR: Orang ramai dijemput menyertai Himpunan Pembebasan Palestin yang akan diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil pada hari Ahad ini.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menerusi hantaran di Facebook berkata perhimpunan yang dijadual berlangsung pada pukul 8 malam itu dijangka dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Semua dijemput hadir! Himpunan Pembebasan Palestin dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Axiata Arena, Bukit Jalil. Kita jumpa Ahad ini!” katanya.

Semalam Perdana Menteri berkata perhimpunan tersebut adalah antara tindakan bagi menyampaikan mesej bahawa Malaysia mengutuk pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh dan menyokong Palestin.

Haniyeh dilaporkan terbunuh dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kediamannya di utara Tehran pada kira-kira 2 pagi waktu Iran, 31 Julai lepas.

Beliau berada di ibu negeri Iran itu untuk menghadiri majlis pelantikan Presiden Iran yang baharu, Masoud Pezeshkian.

Pada 24 Okt tahun lepas, Himpunan Malaysia Bersama Palestin pernah diadakan di Axiata Arena yang menghimpunkan pemimpin politik Kerajaan Perpaduan dan pembangkang bagi menyatakan solidariti kepada rakyat Palestin.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings