the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
23.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PDRM umum pertukaran 21 pegawai kanan

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran 21 pegawai kanannya berkuat kuasa 16 Dis ini.

Setiausaha PDRM Datuk Kamaruzaman Abdullah dalam kenyataan hari ini memaklumkan pertukaran antaranya melibatkan Pengarah Pengurusan Bukit Aman Datuk Seri Azmi Abu Kassim yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman.

Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Latihan/Peperiksaan/Kompetensi) Bahagian Latihan Jabatan Pengurusan Bukit Aman Datuk Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar akan dilantik sebagai Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Jabatan Pengurusan Bukit Aman dengan memangku pangkat DCP.

“Turut bertukar, Timbalan Pengarah Narkotik (Penguatkuasaan/Pencegahan/Kepolisan Am) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman SAC Mat Zani Che Ali yang dilantik sebagai Timbalan Pengarah Narkotik (Risikan/Operasi) JSJN Bukit Aman dengan memangku pangkat DCP.

“Selain itu ACP Ketua Inspektorat Kejuruteraan Pasukan Gerakan Udara JKDNKA Bukit Aman ACP Che Bokhari Mohamad dilantik sebagai Timbalan Komander (Kejuruteraan) Pasukan Gerakan Udara JKDNKA Bukit Aman dengan memangku pangkat SAC,” katanya.

Kamaruzaman berkata Ketua Operasi Penerbangan Pasukan Gerakan Udara JKDNKA Bukit Aman ACP Zaman Shah Omar pula dilantik sebagai SAC Gerakan Bahagian Gerakan JKDNKA Bukit Aman dengan memangku pangkat SAC.

Pertukaran turut melibatkan Timbalan Komander Pasukan Polis Marin (Kepolisan Am/Strategik/Siasatan) JKDNKA Bukit Aman ACP Shamsol Kassim yang dilantik sebagai Komander Pasukan Polis Marin JKDNKA Bukit Aman dengan memangku pangkat SAC.

Pegawai Turus E3A1 Cawangan Khas Bukit Aman ACP Goh Saw Khim pula dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah E5 Cawangan Khas Bukit Aman dengan memangku pangkat SAC.

ACP Urus Setia Cawangan Khas Bukit Aman ACP Gurcharan Singh Udham Singh pula dilantik sebagai Penolong Pengarah E9 Cawangan Khas Bukit Aman dengan memangku pangkat SAC.

“Penolong Pengarah Narkotik (Risikan/ Perhubungan Antarabangsa) JSJN Bukit Aman ACP Mohd Zaki Ashar dilantik sebagai Timbalan Pengarah Narkotik (Penguatkuasaan/ Pencegahan/ Kepolisan Am) JSJN Bukit Aman dengan memangku pangkat SAC.

“Pertukaran turut membabitkan Penolong Pengarah (Siasatan Jenayah Korporat/ Persatuan/ Syarikat) Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman ACP Muhamad Tarmizi Awang yang dilantik sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Kedah dengan memangku pangkat SAC,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Asia’s top contenders emerge from the 2026 Asian Games Esports Qualifiers: Honor of Kings

A total of nine teams have successfully secured qualification through the highly competitive regional qualifiers held from June 13 until 21, joining directly qualified nations China, Malaysia, and Thailand at the main event.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings