the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, July 28, 2026
30.2 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pekerja ladang ditemukan lemas ketika cari kupang

State Election

Negeri Sembilan State Election 2026

1st August 2026 Negeri Sembilan, Malaysia
Learn more

KUANTAN: Seorang pekerja ladang yang dilaporkan hilang semasa mencari kupang semalam, ditemukan lemas berhampiran muara Sungai Balok di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata mangsa Leong Wai Seng, 57, beralamat di Kuala Kangsar, Perak dijumpai penduduk kampung sekitar 6.30 petang, kira-kira tiga batu dari muara sungai berkenaan.

“Hasil pengecaman oleh majikan mangsa telah mengesahkan itu adalah Leong dan pemeriksaan fizikal mendapati tiada kecederaan di badan mangsa,” katanya ketika dihubungi malam ini.

Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk tindakan lanjut.

Media hari ini melaporkan mangsa ke lokasi berkenaan bersama lima individu lain termasuk majikannya sebelum dikatakan turun ke muara sungai seorang diri untuk mencari kupang dan dilaporkan hilang selepas itu.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img