the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
28.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pengawal keselamatan didakwa miliki buku, lukisan bendera dan video berkaitan Daesh

KAJANG: Seorang pengawal keselamatan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan memiliki buku, lukisan bendera, artikel dan dua video berkaitan dengan kumpulan Daesh, bulan lepas.

Muhamad Norulaini Supardi, 33, hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mazuliana Abdul Rashid.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Bagi pertuduhan pertama hingga keempat, tertuduh didakwa memiliki tiga buku, satu lukisan bendera, satu artikel dan dua video di dalam telefon bimbitnya yang berkaitan dengan kumpulan Daesh di sebuah rumah di Kajang pada 9.25 pagi, 23 Jun lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda dan hendaklah dirampas mana-mana harta yang telah digunakan atau diniat untuk digunakan dalam melakukan kesalahan itu, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 30 Ogos ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Ainaa Ridzwan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Venezuela earthquake rescue efforts hampered as death toll rises to 235

Buildings cracked, crumbled, and tilted precariously after the quakes,...

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings