the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Penggubalan undang-undang tangani buli siber tumpuan Dewan Rakyat hari ini

KUALA LUMPUR: Tindakan kerajaan dalam menangani insiden buli siber termasuk berkaitan penggubalan undang-undang dijangka menjadi tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, soalan berkaitan inisiatif kerajaan dalam menggubal undang-undang merentas kementerian bagi menangani buli siber yang berleluasa diajukan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) kepada Menteri Komunikasi pada Waktu Pertanyaan Menteri.

Turut menjadi tumpuan pelan tindakan kerajaan memperkasakan industri halal sejajar sasaran Malaysia menjadi peneraju pasaran halal antarabangsa dengan nilai eksport halal sebanyak RM63.1 bilion menjelang 2025, yang dibangkitkan Datuk Adnan Abu Hassan (BN-Kuala Pilah) kepada Perdana Menteri.

Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) pula meminta Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyatakan usaha kementerian menjelaskan isu mikroplastik yang menjadi ancaman kepada sumber dan bekalan air dalam kalangan masyarakat.

Pada sesi soal jawab, soalan berhubung langkah mengoptimumkan penggunaan digital dalam pengajaran dan pembelajaran melalui Inisiatif Pembelajaran Pendidikan Digital Malaysia (DELIMa) oleh guru dan pelajar, diajukan Young Syefura Othman (PH-Bentong) kepada Menteri Pendidikan.

Selain itu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) bertanya kepada Menteri Dalam Negeri mengenai kajian dan sesi libat urus berkenaan cadangan menyahjenayah (dekriminalisasi) dalam penyalahgunaan dadah yang akan memberi impak kepada keselamatan masyarakat awam.

Soalan mengenai usaha kerajaan mempertingkatkan hasil negara selain melalui pungutan cukai dan pelaksanaan subsidi bersasar, dan sama ada kerajaan berhasrat memperkenalkan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST) ditanyakan Kamal Ashaari (PN-Kuala Krau) kepada Menteri Kewangan.

Usai sesi soal jawab, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dijangka membentangkan usul agar Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal digantung daripada Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat dan Jawatankuasa Pilihan Parlimen selama enam bulan.

Ini susulan kenyataan beliau semasa perbahasan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) 2021 dan 2022 pada 1 Julai lepas, berhubung sepucuk surat layang yang tular dan didakwa mengandungi maklumat berkaitan dalang sebenar di sebalik pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings