PUTRAJAYA: Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar menegaskan penjawat awam tidak sepatutnya menyertai sebarang himpunan di ibu negara, memandangkan ia bercanggah dengan prinsip Kesetiaan Kepada Raja dan Negara dalam Rukun Negara.
Beliau berkata, “Mereka penjawat awam, mana boleh turun. Setiap hari, setiap minggu kita baca ikrar, iaitu Kesetiaan kepada Raja dan Negara, lupakah? Terima kasihlah kepada Raja dan Negara.” Tegasan itu disampaikan selepas pelancaran Karnival Sukan ANSARA Malaysia di sini hari ini.
Laporan media menyatakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjangkakan kehadiran 10,000 hingga 15,000 orang dalam Himpunan Turun Anwar pada 26 Julai.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sebelum ini menegaskan PDRM akan memastikan keselamatan terkawal, tetapi mengingatkan pematuhan Akta Perhimpunan Aman 2012. - Bernama