the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Penunggang maut dalam nahas babit lima motosikal

KOTA BHARU: Seorang pemuda berusia 22 tahun maut selepas terlibat dalam nahas melibatkan lima motosikal di Kilometer 12.4 Lebuhraya Rakyat Ketereh-Kota Bharu malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Mohd Rosdi Daud berkata dalam kejadian 11.55 malam itu motosikal ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan dan bergesel dengan sebuah lagi motosikal.

Beliau berkata pada masa sama, tiga lagi penunggang motosikal juga dari arah sama gagal mengelak dan merempuh kedua-dua motosikal berkenaan.

“Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat dihantar ke Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian untuk bedah siasat manakala empat lagi penunggang cedera parah dan dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang menyaksikan kemalangan kes tampil membantu siasatan di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu atau boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik Insp Muhammad Syarafuddin Ramlee di talian 09-7752315.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

MCE Holdings Q3 pre-tax profit rises to RM9.79 million

MCE Holdings Bhd recorded a 54.64% increase in profit before tax to RM9.79 million for Q3 ended April 30, 2026 (FY26), from RM6.333 million in the same quarter last year.

Binzhou’s Leap from Manufacturing to Intelligent Manufacturing

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - Recently, the Ministry of Industry and Information Technology and the Ministry of Finance jointly released the list of China's third batch of pilot cities for the new technological transformation of the manufacturing sector.

Shared Revitalization Journey of Weiqiao Pioneering Group, Weiqiao Town

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - Recently, Zouping, Shandong held a symposium on "Revitalizing Weiqiao Town," focusing on key priorities such as improving urban quality, upgrading public livelihoods, and empowering industrial development, laying out a clear blueprint for the high-quality development of Weiqiao Town.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings