the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, June 27, 2026
22.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Penyakit berkaitan cuaca panas meningkat kepada 112 kes

KUALA LUMPUR: Jumlah kes kumulatif penyakit berkaitan cuaca panas meningkat kepada 112 kes setakat hari ini berbanding 109 kes pada 16 Julai lepas.

Menurut laporan ringkas status cuaca panas Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) hari ini, daripada jumlah itu, 26 kes adalah strok haba, 78 kes kelesuan haba dan lapan kes kejang haba.

Tiada kes kematian baharu dilaporkan pada minggu ini dengan jumlah kematian akibat strok haba kekal lima kes.

“Tiada kes yang dirawat di hospital pada masa ini. Semua kes lain telah mendapat rawatan dan sembuh,“ menurut NADMA.

Mengenai ramalan cuaca, dua siklon tropika pada kategori taufan dan ribut tropika sedang aktif di timur laut Filipina dan Laut China Selatan menyebabkan cuaca di rantau negara menjadi lebih kering dan kurang hujan dalam tempoh beberapa hari akan datang.

Menurut laporan itu, berdasarkan analisis model-model cuaca, keadaan dijangka kembali normal apabila dua siklon tropika itu melemah mulai 27 Julai.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings