the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
21.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Perak jalin kerjasama dengan industri pelancongan Hong Kong

IPOH: Perak menjalinkan kerjasama dengan pemain industri pelancongan Hong Kong untuk menarik pelancong melawat negeri ini sempena Tahun Melawat Perak (VPY) 2024, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Loh Sze Yee.

Loh berkata ramai mungkin tidak menyedari nama Ipoh cukup dikenali di Hong Kong memandangkan ramai bintang filem dan penyanyi dari bandar raya ini mempunyai aktiviti profesional di Hong Kong.

“Kita sangat terkenal di Hong Kong tetapi mereka lebih mengenali kita sebagai Ipoh berbanding Perak.

“Jadi sudah tentu kita perlu berusaha untuk menjenamakan semula kerana di samping lebih suka menggunakan nama Ipoh tetapi pada masa sama kita turut memasarkan nama Perak,“ katanya dalam sidang media selepas merasmikan pelancaran sulung kempen perniagaan ke perniagaan (B2B) VPY 2024 dan sesi familiarisation trip Tourism Malaysia Hong Kong ke Perak di sini malam ini.

Loh berkata sesi B2B hari ini yang disertai oleh Tourism Perak turut menyediakan mengenai tawaran terkini pelancongan Perak yang disediakan khusus untuk pasaran Asia Timur.

Untuk mengukuhkan lagi hubungan diplomatik dan kerjasama di peringkat antarabangsa, Loh akan menyertai ITB China dari 27 hingga 29 Mei.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings