the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pertukaran pengerusi lembaga pengarah UiTM tidak berkaitan kes CBT – Zambry

KUALA LUMPUR: Langkah menggantikan Prof Emeritus Datuk Raduan Che Rose dengan Tan Sri Mohd Khamil Jamil sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) tiada kaitan dengan pendakwaan di mahkamah membabitkan Raduan pada Ogos lepas, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata langkah itu merupakan proses penggantian biasa.

“Apabila tiba masanya seseorang pergi (tamat tempoh berkhidmat), mereka akan pergi dan kemudian kita perlu mencari pengganti. Itu adalah perkara biasa untuk sebarang proses penggantian,“ katanya kepada pemberita selepas Dialog Meja Bulat Naib Canselor Amerika Syarikat-Malaysia: Kerjasama dalam Pendidikan Tinggi 2024 hari ini.

Kementerian Pendidikan Tinggi pada Selasa lepas mengumumkan Mohd Khamil yang juga bekas pengarah urusan Kumpulan DRB-Hicom Berhad dilantik bagi menggantikan Raduan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM berkuat kuasa hingga 3 Nov 2027.

Raduan, 64, yang juga presiden Majlis Profesor Negara (MPN) didakwa atas tujuh pertuduhan pecah amanah (CBT) membabitkan RM271,000 daripada dana majlis itu.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

World’s First Commercial Multimodal LLM for Cultural Tourism Enters Broad Application

XI'AN, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - The world's first commercial multimodal large language model (LLM) for cultural tourism, called BoGuan, has entered broad application in Xi'an, China.

Hainan FTP marks 6-month milestone of special customs operations, signs deals during Hong Kong...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - As the Hainan Free Trade Port (FTP) marked the six-month milestone since the launch of its full special customs operations, a Hainan provincial delegation wrapped up a three-day visit to Hong Kong.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings