the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pesara rugi hampir RM100,000 terperdaya skim pelaburan tidak wujud

KUALA TERENGGANU: Seorang pesara kerajaan kerugian RM91,060 selepas terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata lelaki warga emas berusia 85 tahun itu mula terperdaya setelah menerima pesanan iklan melalui aplikasi WhatsApp daripada nombor tidak dikenali pada 29 Okt tahun lepas.

Beliau berkata mangsa yang berasal dari sini telah ditawarkan pakej pelaburan ‘Madinah Emas’ yang menjanjikan keuntungan lumayan dalam masa singkat.

“Mangsa ditawarkan pakej VIP (orang kenamaan) dengan modal RM500 dan dijanjikan pulangan untung sebanyak RM15,800 dalam tempoh empat jam.

“Mangsa yang gelap mata dengan tawaran itu membuat pemindahan wang sebanyak 26 kali ke enam akaun bank berasingan seperti diarahkan suspek,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun setelah membuat transaksi, mangsa yang menunggu sekian lama berasa kecewa kerana tidak mendapat pulangan seperti dijanjikan.

Mangsa membuat laporan polis pada Isnin lepas selepas berasa tertipu dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Azli sehubungan dengan itu mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah terperdaya dan membuat semakan dengan pihak berkaitan sebelum membuat pelaburan yang menjanjikan pulangan besar dalam tempoh singkat.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings