the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pesara tentera rugi RM125,000 diperdaya ‘phone scam’

ALOR GAJAH: Seorang pesara tentera kerugian RM125,000 apabila wang simpanan saraannya lesap akibat terpedaya dengan sindiket penipuan panggilan telefon yang menyamar sebagai wakil Pos Laju dan polis.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Arshad Abu berkata lelaki berusia 40-an itu menerima panggilan telefon kira-kira 10.30 pagi, Sabtu lepas yang mendakwa daripada Pos Laju Kuala Lumpur kerana terdapat bungkusan yang tidak dituntut.

“Mangsa dimaklumkan beliau mempunyai barang terlarang seperti kad pengenalan dan kad kredit yang menyebabkan bungkusan itu disita oleh kastam.

“Panggilan itu kemudian disambungkan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang dan mangsa telah bercakap dengan ‘Sarjan Suraya’ untuk membuat laporan sebelum dimaklumkan kesnya akan diambil alih oleh ‘Inspektor Dani’,“ katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Arshad berkata mangsa kemudian turut dimaklumkan bahawa dia telah terlibat dalam kegiatan dadah dan pengubahan wang haram.

Beliau berkata panggilan itu kemudian disambungkan kepada peringkat tertinggi untuk membuat aduan dan rayuan selain mangsa turut dimaklumkan semakan terhadap akaun banknya perlu dibuat dan akan merujuk perkara berkenaan kepada Bank Negara.

“Mangsa telah diminta membuat bayaran untuk siasatan dan pembersihan dana. Mangsa telah melakukan transaksi wang simpanan persaraannya secara berperingkat pada Sabtu dan Ahad lepas iaitu sebanyak tiga kali ke dalam dua akaun bank suspek hingga berjumlah RM125,000.

“Mangsa telah menghubungi IPK Pulau Pinang untuk membuat semakan dan mahu bercakap dengan Sarjan Suraya dan Inspektor Dani, namun pengadu dimaklumkan bahawa dirinya telah ditipu dalam urusan berkenaan,“ katanya.

Arshad berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

2026 Shandong Innovation-Driven Development Conference & 7th Binzhou Talent Festival Held in Binzhou

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - On July 18, the 2026 Shandong Innovation-Driven Development Conference & 7th Binzhou Talent Festival was held at the Yellow River Delta Trading Center in Binzhou.

Befar Group Achieves Mass Production of 6N-Grade High-Purity Hydrogen Fluoride

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - On July 19, Shandong's Befar Group achieved a technological breakthrough in four key areas of process, engineering, testing, and filling to bring its high-purity hydrogen fluoride (HF) for semiconductor applications to the 6N grade (99.9999%).

Shopee Launches #MyShopeeJingle Competition with S$10,000 Cash Prize and Opportunity to Create Its Next...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - Shopee today launched #MyShopeeJingle, a nationwide competition inviting tertiary students across Singapore to create the next soundtrack for Shopee's iconic 12.12 campaign.

Freshening Leverages Shopee’s Integrated Solutions to Scale Consumer Brand Zappy

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - As more established Singapore businesses adapt to changing consumer shopping habits, Shopee is helping manufacturers strengthen direct relationships with consumers through e-commerce, enabling traditionally B2B businesses to build recognised consumer brands and drive long-term growth.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings