the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis aktifkan Pusat Sehenti Jemaah Haji terkandas di KLIA

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengaktifkan Pusat Sehenti Jemaah Haji Terkandas di Ibu Pejabat Polis Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bermula hari ini bagi membantu kes jemaah haji terkandas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata sebanyak 40 pegawai dan anggota daripada pasukan khas memulakan tugas selama 11 hari, beroperasi dari 8 pagi dan tamat pada 12 tengah malam, 21 Jun.

“Pasukan ini akan memberi kemudahan kepada jemaah haji yang terkandas sama ada terkandas di KLIA sebelum berlepas ke Arab Saudi mahupun jemaah haji yang terkandas di Arab Saudi dan tidak dapat mengerjakan haji.

“Mereka ini akan menerima laporan daripada jemaah haji terlibat, mengenal pasti kesalahan telah berlaku mengikut lunas undang-undang, selain menyalurkan semua laporan kepada agensi yang terbabit supaya siasatan dapat dijalankan,“ katanya pada sidang media di pejabat JSJK di sini hari ini.

Ramli berkata pihaknya turut mendapat kerjasama Lembaga Tabung Haji (TH) dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

Bagaimanapun, Ramli berkata setakat ini pihaknya belum menerima laporan mengenai jemaah haji yang terkandas di KLIA.

Sementara itu, Ramli berkata statistik jenayah komersial mencatatkan peningkatan tiga peratus iaitu 14,051 kes dalam tempoh enam bulan tahun ini berbanding 13,695 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

Beliau berkata nilai kerugian juga menunjukkan trend sama dengan peningkatan sebanyak 32 peratus iaitu RM959,041,692 berbanding tahun lepas yang mencatatkan nilai kerugian sebanyak RM728,846,238.

“Purata 92 kes jenayah komersial dicatatkan sehari. Peningkatan jumlah kes ini bagaimanapun dapat ditangani sewajarnya oleh jabatan ini melalui kadar pertuduhan lebih baik berbanding 2023.

“Ini dapat dilihat melalui sejumlah 6,531 kertas siasatan telah dituduh sehingga minggu ke-22 tahun ini dan jumlah ini adalah lebih tinggi berbanding 5,643 kertas siasatan yang dituduh bagi tempoh sama 2023,“ katanya.

Beliau berkata trend peningkatan kes dan nilai kerugian ini merupakan satu petanda bahawa usaha lebih giat perlu dilaksanakan untuk membanteras kegiatan jenayah komersial.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

The Third International Summit of Religious Leaders in Kuala Lumpur Calls for Youth Empowerment

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - The Third International Summit of Religious Leaders 2026 concluded in Kuala Lumpur with the participation of His Excellency Sheikh Dr. Mohammed bin Abdulkarim Al-Issa, Secretary-General of the Muslim World League and Chairman of the Organization of Muslim Scholars.

UnionPay showcases innovations with 15 ecosystem partners at 2026 China International Financial Exhibition

UnionPay joined 15 ecosystem partners at the 2026 China International Financial Exhibition to showcase advances in global payments, cross-border QR interoperability, artificial intelligence, digital finance, and consumer growth solutions, highlighting its expanding international network and open fintech innovation ecosystem.

Ex-justice minister gets 25 years for S. Korea martial law role

A court sentenced ex-justice minister Park Sung-jae to 25 years for his role in Yoon Suk Yeol's 2024 martial law declaration.

Focus Graphite announces SEDAR+ filing of the NI 43-101 technical report with the updated...

Focus Graphite has filed an updated NI 43-101 technical report for its Lac Tetepisca Project in Quebec, outlining one of the world's largest identified graphite deposits with 120.2 million tonnes of indicated resources and significant expansion potential to support future battery-material supply chains.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings