the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
22.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis ambil tindakan tegas individu sertai perhimpunan di hadapan pusat khidmat Ahli Parlimen Tambun

IPOH: Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang menyertai perhimpunan anjuran Sekretariat Selamatkan Malaysia, yang akan diadakan hadapan Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Tambun, Bandar Meru Raya pada Sabtu, 27 Julai.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata walaupun pihaknya menerima pemakluman daripada penganjur, namun ia tidak tidak lengkap serta tidak mematuhi syarat ditetapkan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

“Tindakan tegas akan diambil, kerana perhimpunan itu tidak mendapat kebenaran daripada pemilik tanah seperti ditetapkan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736).

“Pihak polis menasihatkan supaya orang ramai tidak menyertai perhimpunan ini, kerana ia merupakan satu perhimpunan yang menyalahi undang-undang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, polis mengesan satu video dimuat naik pemilik akaun laman media sosial Facebook yang memaklumkan bahawa satu perhimpunan ‘Mahkamah Rakyat Hukum Anwar’, akan diadakan di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Tambun, esok.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings