the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis buru lima lelaki menyamar polis, samun keluarga pesara di Semenyih

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan lima lelaki yang dipercayai menyamar sebagai anggota polis sebelum menyamun sebuah rumah di Semenyih, Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof berkata kejadian kira-kira 5 pagi itu melibatkan mangsa, iaitu pesara lelaki berumur 55 tahun dan tiga ahli keluarganya yang berada di rumah.

Beliau berkata berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kesemua suspek memakai pelitup muka dengan dua daripada mereka memakai ves polis.

“Kumpulan suspek ini bertindak memecah masuk pintu hadapan rumah mangsa sebelum masuk ke dalam rumah dan melarikan beberapa barang kemas, dua telefon bimbit dan wang tunai dianggarkan bernilai RM500 manakala kerugian keseluruhan dianggarkan sebanyak RM9,000,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana merompak secara berkumpulan dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan bagi kesalahan menyamar sebagai anggota polis, katanya.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian supaya menghubungi Insp Ghazali Zulkifli menerusi talian 016-9140758 atau mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

Terdahulu, rakaman CCTV yang dipercayai memaparkan suspek kes kejadian berkenaan sedang memecahkan pintu hadapan sebuah rumah teres dengan cara menendangnya beberapa kali, tular di laman sosial X.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings