the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
23.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis mampu tangani elemen ekstremis dalam negara – Saifuddin Nasution

PUTRAJAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mampu menangani beberapa elemen ekstremis yang masih wujud di dalam negara, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau memberi jaminan walaupun terdapat petunjuk bahawa aktiviti itu sedang meningkat, PDRM berkeupayaan untuk mematahkannya.

“Apa pun keadaannya, yang paling penting ialah saya memberi jaminan bahawa pasukan polis berkemampuan untuk mengawalnya,“ katanya ringkas pada sidang media selepas menghadiri majlis penutup Persidangan Keselamatan Dalam Negara di sini hari ini.

Terdahulu, dalam ucapannya pada persidangan itu, Saifuddin Nasution mendedahkan masih terdapat beberapa kumpulan di Malaysia yang percaya bahawa selagi kerajaan tidak mengamalkan fahaman Islam, kerajaan itu perlu ditentang.

“Ketua Polis Negara kerap memberikan input hampir setiap minggu tentang apa yang berlaku di lapangan.

“Jangan ingat kes Ulu Tiram itu kes terpencil, jangan anggap (mudah) tangkapan beberapa elemen Daesh, daripada pensyarah universiti hingga suri rumah serta pekerja sektor binaan … (elemen ekstremis) masih lagi berkembang, masih lagi wujud,“ katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings