the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
21.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis mohon bantuan kesan Nur Shafina Maisarah

KUALA LUMPUR: Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang sejak Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata remaja tersebut dikenali sebagai Nur Shafina Maisarah Abdullah yang beralamat terakhir di Batu 20 1/4, Kampung Padang, Hulu Langat, Selangor.

“Semalam, polis menerima satu laporan berkaitan orang hilang daripada seorang suri rumah iaitu wanita berusia 34 tahun yang mengatakan anaknya masih belum pulang dari sekolah selepas dikatakan pergi ke sekolah dengan menaiki bas.

“Nur Shafina Maisarah kali terakhir dilihat pada 6.15 pagi, 13 Sept ketika keluar rumah menaiki bas Rapid untuk ke sekolah dengan berpakaian sukan sekolah. Saksi yang juga rakan sekolahnya ada melihat remaja terbabit turun dari bas tetapi tidak masuk ke kawasan sekolah,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata wanita berkenaan menghubungi guru kelas anaknya, namun remaja terbabit didapati tidak hadir ke sekolah.

Justeru, Mohd Zaid meminta orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat kes Sarjan Mohamad Najib Mohd di talian 012-3429 297 bagi membantu siasatan. -BERNAMA

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings