the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
21.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis selamatkan wanita warga asing disyaki mangsa dera

KUALA LUMPUR: Seorang wanita warga Indonesia diselamatkan polis selepas disyaki menjadi mangsa dera majikannya di sebuah rumah di Taman Tropika Kemensah, Ampang di sini, Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata wanita berusia 41 tahun itu diselamatkan kira-kira 12.45 tengah malam selepas pihaknya menerima maklumat daripada orang awam.

“Susulan itu, seorang wanita warga tempatan berusia 45 tahun ditahan dan beberapa barangan berkaitan kes turut dirampas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa kini ditempatkan di sebuah rumah perlindungan manakala wanita tempatan itu direman hingga Selasa ini untuk siasatan mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings