the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
23.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis tahan tiga lelaki disyaki terlibat kes ragut di Subang Jaya

KUALA LUMPUR: Tiga lelaki disyaki terlibat dalam kes ragut seutas rantai emas bernilai RM30,000 di Subang Jaya di sini pada 12 Okt lepas ditahan dalam serbuan berasingan semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata ketiga-tiga suspek berusia lingkungan 30-an ditahan di Petaling Jaya dan Subang Jaya susulan laporan seorang lelaki tempatan yang mendakwa disamun seorang daripada suspek.

“Kesemua suspek masing-masing bekerja sebagai penghantar dokumen, pembeli emas dan pembantu kedai emas dengan dua daripadanya mempunyai rekod jenayah dan narkotik.

“Semasa serbuan turut dirampas beberapa barang kemas dan resit pembelian emas serta sebuah motosikal jenis Yamaha 135LC,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Wan Azlan berkata seorang daripada lelaki tersebut direman tiga hari hingga 18 Nov manakala dua lagi direman sehari.

“Hasil tangkapan itu, polis berjaya menyelesaikan lapan kes ragut di Subang Jaya dan siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti penglibatan suspek di daerah lain,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Honda LCR unveils striking black-and-gold GOD55 Sports livery for 2026 Italian MotoGP

Honda LCR and GOD55 Sports unveiled a special black-and-gold livery at the 2026 Italian MotoGP in Mugello, marking a milestone in their partnership. The striking design, ridden by returning rider Cal Crutchlow, highlighted the brand's growing presence in global motorsport and fan engagement.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings