the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis tahan tujuh kanak-kanak main basikal lajak secara berbahaya

GEORGE TOWN: Polis menahan tujuh kanak-kanak lelaki kerana bermain basikal lajak di kawasan Lebuh Relau 4 di sini hingga mengganggu ketenteraman dan membahayakan pengguna jalan raya lain.

Menurut kenyataan di Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, kesemua kanak-kanak itu telah dibawa ke Balai Polis Sungai Nibong untuk tujuan dokumentasi sebelum diserahkan kepada waris dan penjaga masing-masing.

“Berdasarkan aduan orang awam mengenai sekumpulan kanak-kanak dikatakan bermain basikal lajak di kawasan itu hingga mengganggu ketenteraman dan membahayakan pengguna jalan raya lain, Pasukan Petugas Balai Polis Sungai Nibong telah melakukan rondaan dan tinjauan di sekitar lokasi tersebut pada petang semalam,“ menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, polis menasihati ibu bapa agar sentiasa mengawasi pergerakan, tingkah-laku dan aktiviti anak masing-masing bagi memastikan mereka tidak melakukan sebarang aktiviti yang membahayakan diri sendiri serta orang lain.

Sejak semalam tular rakaman video memaparkan sekumpulan kanak-kanak bermain basikal lajak di jalan raya di kawasan berkenaan ketika cuaca hujan yang bukan sahaja membahayakan mereka malah pengguna jalan raya lain.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings