the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
21 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Proses peralihan kepada model dwirangkaian 5G bermula hari ini – Fahmi

PUTRAJAYA: Kementerian Komunikasi mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk memulakan proses menentu dan melantik syarikat penyedia perkhidmatan rangkaian mudah alih (MNO) yang akan membangunkan rangkaian 5G kedua di Malaysia bermula hari.

Menteri berkenaan Fahmi Fadzil berkata, ini termasuk mengeluarkan Pakej Maklumat Pemohon (AIP) pada 1 Julai 2024.

Beliau berkata proses ini akan dilaksanakan secara telus berdasarkan kuasa dan peruntukan yang termaktub di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Kementerian Komunikasi menyambut baik pengumuman daripada pihak Digital Nasional Bhd (DNB) berkenaan penyempurnaan syarat-syarat duluan bagi Perjanjian Langganan Saham (SSA) bersama CelcomDigi, Maxis, U Mobile dan YTL Communications untuk memegang saham dalam DNB.

“Ini merupakan antara langkah utama ke arah peralihan kepada model dwirangkaian 5G di Malaysia,” kata beliau dalam kenyataan hari ini.

DNB dalam kenyataan semalam mengesahkan kesemua syarat duluan yang terkandung di bawah SSA berjaya dipenuhi pada 20 Jun 2024.

Menurut DNB, ini merupakan pencapaian penting berkenaan SSA dengan empat pengendali MNO di Malaysia iaitu CelcomDigi Bhd melalui Infranation Sdn Bhd, Maxis Broadband Sdn Bhd, U Mobile Sdn Bhd, dan YTL Communications Sdn Bhd melalui YTL Power International Bhd.

Sementara itu, Fahmi berkata kementerian komited bagi melaksanakan keputusan kerajaan agar negara beralih kepada model dwirangkaian 5G dalam usaha untuk menamatkan unsur monopoli perkhidmatan 5G, sekali gus memacu hala tuju industri telekomunikasi yang lebih berdaya saing dan mapan.

“Pelaksanaan rangkaian 5G kedua ini akan dapat membantu usaha untuk meningkatkan liputan 5G, mewujudkan persaingan sihat dalam sektor telekomunikasi serta memastikan harga pelan dan mutu perkhidmatan 5G yang baik untuk rakyat,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Politics not key factor for foreign investors, says MITI

Malaysia’s investment performance shows political speculation is not the main driver for foreign investors, says MITI, citing RM1.7 trillion in approved investments from 2021 to 2025.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings