the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
31.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Remaja lelaki hilang di Putatan selamat pulang ke rumah

PENAMPANG: Remaja lelaki Nicholas Chee Ping, 13, yang dilaporkan hilang di Kampung Buit Hill, Putatan dekat sini telah pulang sendiri ke rumahnya di kampung itu malam semalam.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang dalam kenyataan memaklumkan remaja itu pulang ke rumahnya pada 9.25 malam selepas berada selama seminggu di rumah rakannya.

Menurut IPD Penampang remaja itu hanya menghubungi keluarganya setelah hebahan orang hilang serta laporan polis dibuat oleh keluarganya pagi semalam.

“Remaja terbabit pulang dengan selamat ke rumah keluarganya dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun, seorang lagi remaja lelaki Rezlo Mic Fadden Romineo, 15, masih hilang dan polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesannya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi balai polis berhampiran atau IPD Penampang menerusi talian 088-712222 atau Pegawai Penyiasat Insp Chee Yue Piew 016-666 8586.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings