the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
21 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Remaja maut kemalangan dengan jip

KUALA TERENGGANU: Seorang remaja lelaki maut selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah jip di Jalan Kampung Atas Tol, kira-kira 1 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata mangsa berusia 16 tahun dan berasal dari Kampung Surau Haji Daud di sini maut di lokasi kejadian.

Beliau berkata siasatan awal mendapati mangsa datang dari arah Kampung Pengadang Baru menghala ke Kampung Surau Haji Daud manakala pemandu jip dalam perjalanan pulang dari Kampung Kedai Buluh menuju ke Kampung Atas Tol.

“Mangsa yang menunggang motosikal sedang bergerak terus sebelum jip yang datang dari arah bertentangan membelok masuk ke simpang kiri dan melanggar motosikal mangsa.

“Penunggang motosikal maut di lokasi namun pemandu jip tidak mengalami apa-apa kecederaan,“ katanya ketika dihubungi.

Azli berkata mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Politics not key factor for foreign investors, says MITI

Malaysia’s investment performance shows political speculation is not the main driver for foreign investors, says MITI, citing RM1.7 trillion in approved investments from 2021 to 2025.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings