the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
22.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

RM15.11 bilion laksana 270 program keusahawanan – Ahmad Zahid

PUTRAJAYA: Kerajaan memperuntukkan RM15.11 bilion bagi melaksanakan 270 program keusahawanan sepanjang tahun ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dalam kenyataan berkata berdasarkan pelaporan Pelan Tindakan Bersepadu PMKS (SMEIPA) 2023/2024, peruntukan itu bakal memberi manfaat kepada 479,350 penerima.

Beliau berkata kesemua program berkenaan telah dirancang oleh pelbagai kementerian, agensi dan kerajaan negeri.

“Saya melihat pelaporan SMEIPA sedia ada perlu dimantapkan agar dapat dijadikan sebagai rujukan utama untuk digunakan sepenuhnya oleh semua pemegang taruh, khususnya kementerian dan agensi yang berada dalam ekosistem keusahawanan agar tidak berlaku lagi pertindihan pelaksanaan program PMKS (perusahaan mikro, kecil dan sederhana) di seluruh negara,” katanya.

Menurut kenyataan itu, Ahmad Zahid berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pembangunan Usahawan dan PMKS Kebangsaan (SEK-MPUPK) Bil 2/2024 hari ini.

Beliau berkata bilangan program dan perbelanjaan bagi program keusahawanan serta pembangunan PMKS secara purata adalah sebanyak 191 program setiap tahun dengan komitmen tahunan sebanyak RM9.6 billion.

“Malah, pada 2023 sahaja, sebanyak RM15.48 bilion telah dibelanjakan bagi 258 program keusahawanan dan pembangunan PMKS,” katanya yang juga Pengerusi Majlis Pembangunan Usahawan dan PMKS Kebangsaan.

Ahmad Zahid berkata mesyuarat turut bersetuju agar Sistem Pendaftaran Status PMKS disepadukan bersama sistem utama lain seperti seperti PADU (Pangkalan Data Utama), Pangkalan Data SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) dan GovTech Malaysia.

“Ini bagi meningkatkan sinergi antara kementerian dan agensi seterusnya menambah baik sistem penyampaian kerajaan, terutamanya dalam pembangunan keusahawanan,” katanya.

Beliau berkata Sistem Pendaftaran Status PMKS bertujuan meningkatkan aspek penyelarasan program pembangunan usahawan yang dilaksanakan oleh SME Corp Malaysia, dalam memastikan program yang dilakukan lebih bersasar kepada usahawan dan PMKS sekali gus mengelakkan ketirisan.

Ahmad Zahid berkata mesyuarat turut mengesahkan penambahan keanggotaan sedia ada bagi memperkukuh kerjasama antara kementerian dalam memperkasa pembangunan PMKS di negara ini.

Beliau berkata penambahan keanggotaan itu melibatkan Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) sebagai tambahan kepada Kementerian Kewangan, Kementerian Ekonomi dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

“Saya percaya melalui penglibatan KKDW dan MITI dalam keanggotaan SEK-MPUPK ini membolehkan penjajaran dan koordinasi yang lebih bersepadu bagi semua program pembangunan usahawan dan PMKS khususnya bagi menembusi pasaran global dan meluaskan capaian sehingga kawasan luar bandar,” katanya.

Beliau turut menyarankan agar semua kementerian dan agensi untuk sentiasa memastikan agenda pembangunan usahawan dilaksanakan secara menyeluruh serta bersepadu kerana tindakan itu penting bagi mengelak pertindihan program, mewujudkan ketelusan yang baik dalam perkhidmatan kerajaan dan mengurangkan pembaziran sumber kerajaan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings