the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
32.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Saifuddin: Kertas Kabinet berhubung NIISE dibentang bulan depan

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang dalam proses menyediakan kertas Kabinet berhubung kemajuan Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) untuk dibentangkan kepada Jemaah Menteri bulan depan.

Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata projek itu telah berjalan dua tahun dari tarikh mula diberikan kontrak iaitu pada Mac 2021 dan sepatutnya siap pada Ogos 2025, namun difahamkan ia menghadapi beberapa kesulitan yang menjejaskan perkembangannya.

Beliau berkata antara yang memberi kesan kepada kemajuan sistem berkenaan adalah dari segi masalah berkaitan sumber manusia dan kekangan kapasiti.

“Saya mesti laporkan (kepada kabinet) apa yang berlaku… selepas dua tahun, bagaimana perkembangannya, saya tak boleh selindung satu benda pun, saya kena laporkan,“ katanya dalam majlis dialog bersama media di sini hari ini.

Saifuddin berkata Ketua Setiausaha Kementerian Alam Negeri Datuk Ruji Ubi telah diarah mempengerusi beberapa mesyuarat untuk memantau kemajuan NIISe secara tepat dalam membantu membuat kertas Kabinet supaya Jemaah Menteri mendapat gambaran tepat mengenainya.

Beliau berkata Jemaah Menteri akan membuat keputusan mengenai NIISe selepas pembentangan kertas Kabinet itu.

Sementara itu Saifuddin berkata KDN menyasarkan untuk memproses 10,000 permohonan taraf kewarganegaraan tahun ini, dan sehingga hari ini 5,600 permohonan telah diluluskan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Matrix Robotics Debuts at Dalian Summer Davos as Sole Humanoid Robotics Service Provider, with...

DALIAN, CHINA - Media OutReach Newswire - 24 June 2026 - The World Economic Forum's 17th Annual Meeting of the New Champions, also known as Summer Davos, opened on June 23 at the Dalian International Conference Center.

Allianz: $125 billion in vessel and cargo value awaits passage from the Persian Gulf

Allianz warns that geopolitical tensions and the Strait of Hormuz disruption have left about US$125 billion in vessel and cargo value awaiting transit. The report highlights growing maritime risks, supply chain uncertainty, ageing fleets, and the need for stronger resilience in global shipping operations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings