the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, February 6, 2026
25.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Sebak anak perempuan, menantu dan cucu pergi sekelip mata

PEKAN: Luluh hati seorang ibu selepas mendapat khabar duka anak perempuan, menantu dan tiga cucunya meninggal serentak dalam kemalangan tragis membabitkan dua kenderaan di Kilometer 65 Jalan Pekan-Nenasi-Rompin di sini, malam semalam.

Semek Muda, 62, berkata dia menerima berita kemalangan yang menimpa anaknya, Allahyarham Rahimah Awang Muda, 38, dan menantu serta cucunya itu menerusi panggilan telefon daripada rakannya kira-kira 7.30 malam.

“Rahimah anak ketiga daripada lapan beradik dan boleh dikatakan setiap hari dia akan ke rumah saya kerana kami tinggal berhampiran.

“Hubungan kami berdua memang rapat, kalau ada sesuatu berlaku memang saya dan dia akan saling bertanya. Contohnya, kami biasanya akan bersama-sama menyiapkan tempahan kuih raya, namun kali ini tidak lagi. Memang sangat sedih (kehilangannya),” katanya.

Semek yang ditemui media di Masjid Nenasi di sini berkata pemergian Rahimah bersama suami dan ketiga-tiga anak mereka secara serentak amat dirasai, namun dia dan keluarga reda dengan ketentuan yang berlaku.

Ketika diminta menceritakan kejadian sebelum insiden itu, Semek berkata Rahimah bersama keluarganya dalam perjalanan ke bandar Rompin untuk mengeluarkan duit.

“Biasanya, mereka akan mengeluarkan duit di Pekan, tetapi disebabkan keadaan kenderaan agak kurang baik (pada hari tersebut), jadi mereka ke bandar Rompin untuk urusan itu kerana lebih dekat dengan rumah,” katanya.

Sementara itu, abang kepada Rahimah, Mohd Yusof, 41, berkata perkhabaran duka itu diketahui daripada ibunya namun tidak menyangka insiden itu telah mengakibatkan kesemua keluarga adiknya meninggal dunia.

“Saya dapat tahu daripada mak tentang kemalangan ini lepas maghrib. Kami memang tak tahu keadaan mereka hinggalah sampai ke tempat kejadian dan diberitahu orang di situ yang kelima-limanya sudah tiada lagi,” katanya yang juga berjiran dengan adiknya itu.

Kemalangan yang meragut nyawa lima sekeluarga itu turut mengorbankan suami Rahimah, Hamzah Zahari, 53, serta anak mereka, Ainul Mardhiyah Hamzah, 10, Muhammad Luqman Nur Hakim, 8 dan Muhammad Lutfi, 4.

Dalam kejadian kira-kira 7 malam itu, kereta Proton Wira dinaiki lima sekeluarga tersebut bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Nissan Grand Livina dinaiki anggota Balai Bomba Indera Mahkota, Kuantan, Wahaid Zakaria, 51, dan isterinya Salasiah Abdul Latif, 43, guru Sekolah Kebangsaan Sungai Karang, Kuantan.

Lima sekeluarga itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala Wahaid yang juga pemandu MPV dan Salasiah mengalami kecederaan serta kini dirawat di Hospital Rompin.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Oxford Innotech secures second data centre contract worth RM4.8mil

Oxford Innotech Bhd (OXB) has secured a second data centre contract worth RM4.8 million within three weeks from the same Australia-based client, via its subsidiary CG Solutions Enterprise Sdn Bhd. The project involves supplying critical steel infrastructure and precision metal components for an advanced airflow management system, with the end user being one of the world’s largest cloud and e-commerce platforms. With this latest win, OXB’s total data centre-related contract value now stands at RM9.6 million, with completion expected by end-2026.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories