the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
23.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Selangor bakal perketat prosedur pengurusan tanah, elak manipulasi – MB

KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor akan memperketat prosedur pengurusan tanah di negeri itu bagi menutup sebarang ruang manipulasi susulan insiden pemindahan milik tanah secara tidak sah yang berlaku di Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Klang.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata walaupun insiden itu dikatakan berlaku sekali sahaja di PTD berkenaan, kerajaan negeri memandang serius kelemahan dalam sistem sedia ada.

“Kesalahan ini dilakukan ketika peralihan pengurusan tanah secara biasa (manual) kepada digital (e-tanah) dan ia bukan selalu dibuat, sekali sahaja.

“Tetapi kita akan menitikberatkan peningkatan prosedur seperti proses keluar masuk data supaya ruang untuk memanipulasikan sistem dapat ditutup sepenuhnya,” katanya kepada pemberita selepas melawat tapak Projek Green House di Kebun Komuniti Kampung Baru Batu Caves dan Taman Batu Caves di sini hari ini.

Amirudin berkata kerajaan negeri juga akan mengambil tindakan disiplin terhadap mereka yang terlibat mengikut tata kerja dan peraturan disiplin perkhidmatan awam.

“Langkah ini termasuk mengadakan siasatan dalaman (domestic inquiry) melalui jawatankuasa disiplin, tetapi biar pihak berkuasa menjalankan siasatan terlebih dahulu. Jika terbukti bersalah, kita akan menyusuli tindakan selepas itu,” katanya.

Beliau berkata setakat ini, hanya PTD Klang dikenal pasti terlibat dalam kegiatan berkenaan namun kerajaan negeri tidak menolak kemungkinan wujud kes serupa di pejabat tanah lain.

“Ia bukan satu kerja mudah dan tidak mungkin dilakukan seorang diri. Kemungkinan terdapat komplot antara beberapa individu termasuk daripada jabatan IT atau jabatan lain.

“Ini termasuk pegawai yang mengenal pasti senarai tanah lapangan, unit IT yang mengubah data, dan beberapa individu lain. Semua ini bergerak bersama, ia tak boleh diselesaikan dengan seorang sahaja terlibat,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan polis membongkar kegiatan memindah milik tanah secara tidak sah membabitkan ‘orang dalam’ di PTD Klang dan membawa penahanan 17 individu, sejak September lepas kerana disyaki terbabit kartel berkenaan membabitkan tanah seluas 9.4 hektar bernilai RM7.1 juta.

Sementara itu, Projek Green House berkenaan adalah sebahagian daripada Program Pengukuhan Keterjaminan Makanan 2024, bertujuan memperkenalkan teknologi pertanian inovatif dalam meningkatkan pengeluaran makanan secara tempatan.

Ketua Pengarah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Datuk Dr Mohamad Zabawi Abdul Ghani berkata projek dilaksanakan di 50 lokasi terpilih seluruh negara dengan teknologi yang diperkenalkan ialah Microfarm dan Greenkit yang menggunakan konsep pengairan sendiri untuk meningkatkan produktiviti tanaman dalam ruang terhad.

Selain tidak memerlukan tenaga elektrik kerana hanya bergantung pada tekanan graviti untuk pengairan, sistem ini juga dilengkapi dengan struktur pelindung hujan dan jaring kalis serangga untuk melindungi tanaman daripada cuaca ekstrem dan serangan perosak.

Ia sekali gus membolehkan pekebun menghasilkan sayur-sayuran segar dengan kualiti lebih baik serta mengurangkan kos sara hidup dan bergantung kepada sumber makanan lebih selamat serta berkualiti.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Uprising stars tee off at PGM Penang Closed Championship

During the Monday Qualifier today, Afdlin Mikhail and Zubair Firdaus top the leaderboard at one under par (-1). Another eight players earned their spot to play in this week Championship.

HK Government’s Talent Admission Schemes Accelerate Demand in International Education Market: For You Education...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 June 2026 - As the Hong Kong government's various talent admission schemes continue to deepen, a significant wave of high-achieving elite families has settled in the city.

Hong Kong unlocks new opportunities with Central Asia

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 June 2026 - Led by Chief Executive of the Hong Kong Special Administrative Region (HKSAR), John Lee, a high-level delegation visit to Kazakhstan and Uzbekistan (May 31 - June 5) is already paying dividends, forging fresh opportunities to deepen ties between Central Asia, Hong Kong and the Chinese Mainland.

Sow Fertility’s Medical Advisor Prof. Liona Poon Honoured as a JESSICA Most Successful Woman...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 June 2026 - Sow Fertility, a Hong Kong-based fertility and family-building benefits platform, congratulates its Medical Advisor, Professor Liona Poon, on being named one of JESSICA's Most Successful Women 2026, an annual recognition celebrating women across Hong Kong and Asia whose leadership is reshaping their industries.

NAMAA Emerges from Stealth with 150 Facilities and a Long-Term Commitment to Middle East...

DUBAI, UNITED ARAB EMIRATES - Media OutReach Newswire - 23 June 2026 – NAMAA, a real estate technology group that builds infrastructure to scale food delivery and production and a part of the wider ATOMS Group, has publicly introduced its Middle East food infrastructure portfolio.

Blending Heritage and Innovation, China’s Shangcheng District Hums with Dynamic Vitality

HANGZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 23 June 2026 - On June 1, the Google Cross-border E-commerce Acceleration Center announced its upcoming settlement in Shangcheng District, Hangzhou City, east China's Zhejiang Province.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings