the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
27.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

SPRM tahan pengarah syarikat disyaki buat tuntutan palsu RM527,375

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan seorang pengarah syarikat yang disyaki mengemukakan dokumen tuntutan bayaran palsu sebanyak RM527,375.

Sumber SPRM berkata lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan pada kira-kira 3 petang semalam di Kuala Terengganu.

“Suspek dipercayai melakukan perbuatan itu sekitar 2016 dengan mengemukakan dokumen tuntutan pembayaran palsu iaitu resit dan penyata bank pembelian peralatan padi kepada sebuah agensi kerajaan untuk memperoleh geran bernilai RM527,375 sedangkan pembelian tidak pernah dibuat,” katanya.

Pengarah SPRM Kuala Lumpur Datuk Mohamad Fauzi Husin ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Bagaimanapun, beliau berkata suspek telah dilepaskan dengan jaminan SPRM selepas keterangannya direkodkan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Asean may consider adjustments to Myanmar peace framework: Foreign Minister

Asean may consider adjustments to the Five-Point Consensus (5PC) if necessary in order to break the long-standing deadlock in Myanmar, Foreign Minister Datuk Seri Mohamad Hasan told the Dewan Rakyat.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings