the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

SPRM telah melengkapkan kertas siasatan kes FashionValet – Azam Baki

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melengkapkan kertas siasatan berhubung pelaburan beberapa entiti kerajaan dalam syarikat pengendali platform e-dagang FashionValet Sdn Bhd (FashionValet).

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata kertas siasatan itu, telah diserahkan kepada Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan SPRM untuk kajian dan pertimbangan.

“Keputusan berhubung siasatan ini akan diperoleh dalam masa yang terdekat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan Khazanah Nasional Bhd (Khazanah), untuk melakukan audit dalaman bagi menyiasat kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta dalam FashionValet Sdn Bhd (FashionValet).

Anwar yang juga Pengerusi Khazanah berkata arahan tegas itu, sebagai memaknai pengumuman beliau sebelum ini yang mengarahkan Jabatan Audit Negara melakukan pengauditan terhadap 2,000 syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Pada 2018, Khazanah dan PNB telah melabur masing-masing RM27 juta dan RM20 juta untuk pegangan minoriti masing-masing dalam FashionValet.

Azam sebelum ini berkata SPRM telah membuka kertas siasatan berhubung kerugian pelaburan berkenaan serta memberi jaminan siasatan akan dijalankan secara adil dan profesional.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings