the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Steven Sim ketuai delegasi ke Persidangan Buruh Antarabangsa di Geneva

PUTRAJAYA: Menteri Sumber Manusia Steven Sim mengetuai delegasi Malaysia ke Persidangan Buruh Antarabangsa Sesi (ILC) ke-112 berlangsung pada 10 hingga 14 Jun di Geneva, Switzerland.

Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dalam kenyataan hari ini memaklumkan Sim akan menyampaikan ucapan negara dalam sidang plenari yang menyentuh mengenai pembaharuan kontrak sosial bagi menyokong tema persidangan ILC tahun ini.

“Penyertaan Sim ke persidangan ini amat penting dan signifikan kerana Malaysia akan mendepositkan dokumen ratifikasi Occupational Safety and Health Convention, 1981 (No. 155) Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) kepada Ketua Pengarah ILO.

“Beliau juga akan menyertai beberapa acara penting seperti mesyuarat dua hala dengan rakan sekerja dari Filipina dan Nepal bagi membincangkan ruang kerjasama dalam bidang perburuhan dan pembangunan sumber manusia antara kedua-dua negara,” menurut kenyataan itu.

Sim juga dijadual menghadiri mesyuarat bersama Sekretariat Forum Ekonomi Dunia, perwakilan tertinggi tripartite antarabangsa iaitu International Trade Union Confederation (ITUC) dan International Organisation of Employers (IOE) serta perjumpaan dengan pakar ILO dalam bidang platform ekonomi dan standard perburuhan.

Menurut KESUMA, penyertaan Sim dan delegasi membuktikan komitmen tinggi kerajaan memastikan standard perburuhan negara dapat ditingkatkan selari dengan standard perburuhan antarabangsa.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings