the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
21.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Suspek kes tembak di pusat beli-belah maut ditembak di Pulau Ketam

SHAH ALAM: Individu dipercayai suspek terlibat dalam kes tembakan di pusat beli-belah di Setia Alam di sini minggu lepas, maut dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di Pulau Ketam, Klang awal pagi tadi.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata lelaki tempatan berusia 30-an itu ditembak dalam satu serbuan menjejaki suspek melibatkan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dan Selangor di sebuah hotel di pulau tersebut kira-kira 3 pagi tadi.

“Sewaktu serbuan dijalankan, berlaku insiden tembak-menembak antara polis dan penjenayah di sebuah bilik hotel dengan polis berjaya menembak mati lelaki tersebut,“ katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Huseein berkata polis turut menemukan dua pucuk senjata api berisi peluru bersama suspek yang dikenal pasti mempunyai sembilan rekod jenayah lampau termasuk satu kes jenayah dadah dan tujuh jenayah samun.

Beliau berkata suspek dipercayai bersembunyi di hotel tersebut sejak dua hari lepas.

Pada 8 Feb lepas, seorang pekerja pembersihan cedera di bahagian kaki akibat ditembak seorang individu dalam kejadian tembakan di pusat beli-belah di Setia Alam di sini.

Setelah melepaskan tembakan, suspek kemudiannya melarikan diri dengan menahan sebuah kenderaan dan memaksa pemandu kenderaan itu membawanya keluar dari kawasan terbabit.

Susulan kejadian itu, Hussein dilaporkan berkata pihaknya telah mengenal pasti dan sedang dalam usaha memburu suspek.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings