• 2025-07-20 08:31 PM

JAKARTA: Sekurang-kurangnya tiga orang maut dan kira-kira 150 penumpang berjaya diselamatkan selepas sebuah kapal penumpang terbakar di perairan Sulawesi Utara, Indonesia pada Ahad.

Menurut Veri Ariyanto, pegawai kanan Pejabat Mencari dan Menyelamat wilayah itu, operasi menyelamat melibatkan gabungan pasukan penyelamat dan bot nelayan tempatan.

“Tiga orang maut dan hampir 150 diselamatkan. Mereka diselamatkan oleh gabungan pasukan penyelamat serta bot nelayan tempatan,“ kata Ariyanto kepada Xinhua.

Operasi mencari dan menyelamat masih berterusan dengan dua kapal, beberapa bot, dan kapal lain digerakkan untuk membantu.

Kapal tersebut, KM Barcelona 5, terbakar ketika belayar berhampiran Manado, ibu kota Sulawesi Utara, sekitar 1:00 tengah hari waktu tempatan.

Dani Repi, ketua pasukan reaksi pantas Agensi Pengurusan dan Pengurangan Bencana wilayah, mengesahkan kira-kira 280 penumpang berada di atas kapal semasa kejadian. - Bernama