HANOI: Sekurang-kurangnya 37 orang maut manakala 10 lagi terselamat dalam kejadian bot pelancong terbalik di Teluk Ha Long, Vietnam pada Sabtu.
Kejadian melibatkan bot pelancong QN7105 yang membawa 48 penumpang dan lima kru berlaku ketika cuaca buruk melanda utara Vietnam dan Teluk Tonkin sekitar pukul 3 petang.
Menurut laporan Jawatankuasa Pemandu Pencegahan Bencana Alam dan Mencari dan Menyelamat wilayah, bot itu dipukul ribut secara tiba-tiba semasa berada di antara Pulau Hon Ga Choi dan Gunung Bai Tho, kira-kira tiga batu nautika dari pantai.
“Setakat ini, seramai 47 orang telah ditemukan — 10 terselamat dan 37 disahkan maut, termasuk empat mangsa yang masih belum dikenal pasti,“ kata sumber rasmi.
Usaha mencari dan menyelamat masih diteruskan dalam keadaan cuaca yang mencabar. - Bernama