the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
22.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tujuh dalang sindiket penipuan tawaran kerja tidak wujud ditahan

MELAKA: Polis Melaka menahan tujuh warga tempatan termasuk seorang wanita kerana disyaki terlibat dalam sindiket penipuan tawaran kerja tidak wujud membabitkan 10 kes dengan kerugian sebanyak RM132,390.80.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata kesemua mereka yang berusia 16 hingga 26 tahun itu ditahan dalam serbuan di sebuah pangsapuri di Kota Laksamana di sini yang berfungsi sebagai pusat panggilan pada 5 petang semalam.

Beliau berkata kumpulan sindiket penipuan itu disyaki telah aktif sejak tiga minggu lepas dan menyasarkan rakyat negara ini sebagai mangsa.

“Sindiket berkenaan mengiklankan tawaran kerja di Facebook dan mangsa yang berminat akan menekan pautan WhatsApp untuk berhubung dengan sindiket yang berperanan sebagai ‘admin’ untuk mengajar cara-cara melakukan pekerjaan ‘like & share’ di laman web tertentu untuk meningkatkan rating barangan.

“Buat permulaan, mangsa akan diarahkan membuat 50 tugasan ‘like & share’ dan mendapat komisen antara RM12 hingga RM60 bagi setiap tugasan berkenaan di dalam sistem dan akibat terpedaya dengan komisen tersebut, mangsa akan membuat bayaran ke dalam e-dompet sistem itu untuk menjalankan tugasan,“ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata sindiket itu kemudiannya memberi resit yang telah diubah suai kepada mangsa bagi menyakinkan mereka bahawa pembayaran komisen telah dibuat.

“Sindiket berkenaan dipercayai terlibat dalam 10 kes penipuan tawaran kerja tidak wujud melibatkan pelbagai kontinjen polis selain Melaka.

“Empat komputer riba serta tiga telefon bimbit disyaki digunakan dalam aktiviti pusat panggilan itu turut dirampas,” katanya

Christopher berkata kesemua mereka direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan lanjut termasuk sama ada sindiket itu turut terlibat dalam penipuan lain dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings