the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
29.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Usaha hasilkan kenderaan elektrik, isu GISBH tumpuan Dewan Rakyat hari ini

KUALA LUMPUR: Langkah kerajaan menggalakkan pemain industri tempatan untuk mempertingkatkan usaha mengeluarkan kenderaan elektrik bagi memenuhi permintaan tempatan antara yang dibincangkan pada mesyuarat Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) bertanyakan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri berhubung perkara itu dalam sesi soal jawab lisan sebaik sidang Dewan Rakyat bermula 10 pagi.

Turut menarik perhatian, soalan Azli Yusof (PH-Shah Alam) kepada Perdana Menteri berhubung usaha memulihkan akidah pemimpin dan pengikut GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) yang terpesong daripada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Azli juga ingin tahu mengenai tindakan diambil kerajaan untuk membela kebajikan keluarga dan memastikan kelangsungan pendidikan anak-anak yang ditinggalkan GISBH berikutan operasi Op Global.

Pada sesi sama, Mohd Hasnizan Harun (PN-Hulu Selangor) bertanyakan Perdana Menteri berhubung usaha dan inisiatif bagi mengatasi masalah jenayah penipuan dalam talian yang telah menyebabkan kerugian lebih RM2.6 bilion dalam tempoh kurang tiga tahun selain tindakan penguatkuasaan undang-undang.

Selain itu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (MUDA-Muar) bertanya kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sama ada kementerian itu mempunyai rancangan untuk menaikkan siling bagi pendapatan isi rumah pemohon bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Usai sesi itu, persidangan diteruskan dengan sesi perbahasan dan penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2025 peringkat jawatankuasa oleh kementerian terlibat.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings