the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
21.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Zahid: Rombakan kabinet hak mutlak, budi bicara Perdana Menteri

PUTRAJAYA: Sebarang rombakan Kabinet di bawah Kerajaan Perpaduan adalah hak mutlak dan berdasarkan budi bicara perdana menteri, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Lazimnya tiada seorang perdana menteri berbincang dalam (mesyuarat) Kabinet untuk melakukan rombakan,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Kemuncak Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) 2023 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas desas-desus yang tersebar mengenai kemungkinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan merombak barisan Jemaah Menteri selepas Pilihan Raya Negeri (PRN).

Enam negeri yang akan mengadakan PRN tahun ini adalah Kelantan, Terengganu, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

Sementara itu semasa dirujuk mengenai prestasi jemaah menteri ketika ini, Ahmad Zahid berkata pada pandangannya semua menteri telah melaksanakan tugas dengan baik. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Politics not key factor for foreign investors, says MITI

Malaysia’s investment performance shows political speculation is not the main driver for foreign investors, says MITI, citing RM1.7 trillion in approved investments from 2021 to 2025.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings