the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, June 27, 2026
27.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Zambry akan lawat UK dari 25 hingga 26 September

PUTRAJAYA: Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (gambar) akan mengadakan lawatan kerja ke United Kingdom (UK) dari 25 hingga 26 September.

Sewaktu lawatan itu, beliau akan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya Setiausaha Luar, Komanwel dan Hal Ehwal Pembangunan UK, James Cleverly, menurut kenyataan media Kementerian Luar.

“Kedua-dua menteri akan membincangan kerjasama dua hala sedia ada serta bertukar-tukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang melibatkan kepentingan bersama,” menurut kenyataan kementerian pada Ahad.

Menteri Luar juga dijadual menghadiri Kolokium Timbang Tara Antarabangsa 2023: Kedaulatan dan Kekebalan Negara dalam Timbang Tara Komersial Edisi London, pada Isnin.

Kolokium ini merupakan edisi ketiga dan terakhir yang dianjurkan selepas di Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur, anjuran bersama Kerajaan Malaysia, Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC), SOAS University of London Arbitration and Dispute Resolution Centre (SADRC) dan International Dispute Resolution Centre, London (IDRC).

Zambry juga akan menyampaikan ucapan pada penutup Kolokium itu.

Jalinan persahabatan yang erat antara Malaysia dan UK adalah bertunjangkan kerjasama ekonomi yang teguh dan hubungan antara rakyat yang rapat.

“Lawatan ini akan mengukuhkan lagi hubungan dua hala yang seterusnya akan memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua negara menerusi kerjasama yang sedia terjalin dalam pelbagai bidang seperti perdagangan dan pelaburan, pertahanan, kesihatan, pendidikan dan alam sekitar,” menurut kementerian itu.

Pada tahun 2022, UK merupakan rakan dagangan ke-23 terbesar Malaysia di peringkat global, dengan jumlah dagangan bernilai RM17.58 bilion (US$3.99 bilion), peningkatan sebanyak 2.3 peratus berbanding nilai yang dicatatkan pada tahun 2021. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings