the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dewan Negara lulus pindaan Akta Wang Tak Dituntut 1965

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Wang Tak Dituntut (Pindaan) 2024.

RUU itu diluluskan sebulat suara selepas dibahas oleh sembilan senator sejurus dibentangkan oleh Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.

Terdahulu, ketika membentangkan RUU itu, Lim berkata langkah tersebut bertujuan meminda Akta Wang Tak Dituntut 1965 (Akta 370) melibatkan fasal 1 hingga fasal 12.

Antaranya ialah fasal 10 yang bertujuan meminda subseksyen 11(2) Akta 370 bagi mengurangkan tempoh wang tak dituntut (WTD) yang dikreditkan ke Akaun Amanah Disatukan daripada lima belas tahun kepada sepuluh tahun.

“Pindaan yang dicadangkan bertujuan untuk membolehkan wang tak dituntut dipindahkan ke Akaun Hasil Disatukan apabila luput tempoh sepuluh tahun dari tarikh wang itu dikreditkan ke Akaun Amanah Disatukan.

“WTD yang dipindah ke Akaun Hasil Disatukan dapat menyumbang kepada keperluan perbelanjaan kerajaan terutama dalam memenuhi objektif sosioekonomi negara serta langkah pemulihan ekonomi,“ katanya.

Lim berkata walaupun pindahan WTD dibuat ke Akaun Hasil Disatukan namun tuntutan terhadap WTD masih boleh dibuat.

“Sekiranya rang undang-undang ini diluluskan, jumlah WTD yang akan dipindahkan ke Akaun Hasil Disatukan mencecah RM1.98 billion pada awal pelaksanaan,“ katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings