the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Isu keciciran pelajar Orang Asli berjaya diatasi menerusi sekolah K9, K11

GUA MUSANG: Isu keciciran pelajar di kawasan pedalaman khususnya masyarakat Orang Asli telah berjaya dikurangkan susulan penubuhan Sekolah Model Khas Komprehensif 9 (K9) dan Sekolah Model Khas Komprehensif 11 (K11).

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata perkara itu dapat dibuktikan apabila kehadiran murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Permai (JHEOA) K9, di sini telah mencapai 100 peratus, hasil sokongan ibu bapa dan guru dalam memastikan sekolah K9 dan K11 berterusan.

“Sekolah K9 dan K11 (penubuhan) adalah komitmen Kementerian Pendidikan yang memberikan tumpuan sekolah rendah dan sekolah menengah dalam satu bangunan dan kawasan.

“Oleh itu, Kementerian Pendidikan akan terus memperluas sekolah K9 dan K11 di seluruh negara yang melibatkan anak-anak Orang Asli dan peribumi agar mereka tidak keciciran pendidikan,” katanya kepada pemberita selepas meninjau sekolah berkenaan pada Program Jelajah Pendidikan MADANI Sekolah Murid Orang Asli di sini hari ini.

Mengenai infrastruktur SK Sri Permai susulan terdapat beberapa bangunan kelas yang lantainya runtuh disebabkan aliran air bawah tanah, beliau berkata perkara berkenaan akan diberi tumpuan dan sekolah itu juga akan diberikan tapak baharu.

Fadhlina berkata Jabatan Kerja Raya telah membuat penilaian tapak dan perkara berkenaan telah dibawa ke peringkat kementerian.

“Berdasarkan unjuran yang saya lihat tadi, kehadiran (murid) di SK Sri Permai telah meningkat. SK Sri Permai bukan lagi dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid dan saya harap projek pembinaan ini dapat diteruskan untuk memberi manfaat kepada anak-anak Orang Asli di sekitar kawasan ini,” katanya.

Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati kebanyakan guru sekolah itu menggunakan kenderaan pacuan empat roda dan motosikal kerana laluan masuk ke sekolah berkenaan sejauh 80 kilometer melalui jalan yang tidak rata, berlubang, berlumpur serta berkerikil.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

DFI Retail Group to Announce 2026 Half Year Financial Results and Host Analyst Presentation...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - DFI Retail Group Holdings Limited will announce its 2026 Half Year Results after market close on 28 July 2026, followed by an analyst presentation live webcast on 29 July 2026.

PH cautious over potential vote shift in seats not contested by PN

Pakatan Harapan (PH) is taking a cautious approach in facing contests in the 23 constituencies where Perikatan Nasional (PN) is not fielding candidates in the Johor state election.

Kai Tak Sports Park Claims Top Honour

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - The winners of the Quality Building Award 2026 (QBA 2026) were announced and presented at a ceremony held last Friday (26 June) at the Hong Kong Convention and Exhibition Centre.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings