the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
22.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen forum terbaik pantau kementerian

PUTRAJAYA: Jawatankuasa Pilihan Khas yang ditubuhkan di Parlimen merupakan forum terbaik untuk memantau perjalanan setiap kementerian dalam Kerajaan Perpaduan berbanding Kabinet bayangan yang dibentuk Perikatan Nasional (PN), kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil (gambar).

Fahmi berkata konsep Jawatankuasa Pilihan Khas itu sebenarnya memainkan peranan semak dan imbang dalam Parlimen, serta dianggotai oleh semua Ahli Parlimen daripada pelbagai parti.

“Saya saran kepada rakan di PN untuk berkhidmat dengan baik melalui Jawatankuasa Pilihan Khas yang boleh bersidang bila-bila masa. Itu cara yang sudah ada dan perlu dimanfaatkan sepenuhnya,” katanya pada sidang media pasca Mesyuarat Kabinet di sini hari ini.

PN pada Feb 2023 mengumumkan pembentukan barisan ‘Kabinet’ bagi menyelaras pengurusan parti-parti sebagai pembangkang di Parlimen, dan terkini pada 8 Feb lepas PN mengumumkan lima barisan Ketua Portfolio baharu dalam ‘Kabinet Bayangan’.

Terdapat 10 Jawatankuasa Pilihan Khas yang tersenarai di portal rasmi Parlimen Malaysia, antaranya Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi; Jawatankuasa Pilihan Khas Keselamatan; Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan; dan Jawatankuasa Pilihan Khas Kewangan dan Ekonomi. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings