the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 22, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kelantan beri kerjasama penuh jayakan Sambutan Aidilfitri Madani

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan akan memberi kerjasama penuh kepada kerajaan Persekutuan berhubung penganjuran program Sambutan Aidilfitri Madani 2024 di negeri ini yang dijangka berlangsung pada 2 Mei ini.

Menteri Besar Datuk Mohd Nassuruddin Daud (gambar) berkata satu mesyuarat bersama akan diadakan dalam masa terdekat bagi menentukan gerak kerja dan lokasi program berkenaan.

“Memang ada satu kerjasama dengan kerajaan negeri namun kita belum selaraskan dan muktamadkan lagi.

“Kita akan bagi kerjasama penuh bagi menyokong penganjuran program ini. Mesyuarat akan diadakan dalam masa terdekat bagi membincangkan dari semua sudut termasuk berkaitan keperluan tertentu selain pemilihan lokasi,“ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Hari Terbuka Aidilfitri PAS di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad Ke IV di sini hari ini.

Mohd Nassuruddin berkata kerajaan negeri juga yakin penganjuran sambutan Aidilfitri MADANI di Kelantan itu akan mendapat sambutan baik daripada seluruh rakyat negeri ini.

Sementara itu, beliau berkata sejumlah RM3 juta sumbangan derma berjaya dikumpulkan melalui Tabung Palestin yang dilancarkan kerajaan negeri pada Ramadan lepas.

“Pungutan derma akan diteruskan dari semasa ke semasa terutama sepanjang Aidilfitri ini bagi menambah sumbangan sedia ada sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin,“ katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings