the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KESUMA tawar lebih 3,000 pekerjaan industri hijau dengan gaji RM3,000 hingga RM16,000

KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) menawarkan lebih 3,000 peluang pekerjaan dalam industri hijau menerusi Karnival Kemahiran dan Kerjaya Hijau KESUMA 2024.

Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong (gambar) berkata karnival anjuran Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) itu, yang berlangsung dari hari ini hingga Sabtu, menawarkan pekerjaan dengan tangga gaji bermula RM3,000 hingga RM16,000.

“Ini merupakan antara fokus KESUMA untuk mempersiapkan tenaga kerja di negara ini dalam mendepani cabaran ekonomi abad ke-21 seperti kecerdasan buatan (AI), digitalisasi dan ekonomi hijau,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran karnival itu di sini hari ini.

Karnival itu menampilkan pempamer yang mengetengahkan jenis pekerjaan serta kemahiran hijau yang menjadi antara sektor penting dalam kemampanan Ekonomi Hijau Negara termasuk POS Malaysia, Modenas, Perbadanan Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Malaysia (MGTC).

Turut dianjur Karnival Kerjaya Hijau MYFutureJobs 2024 dengan hampir 60 majikan mengambil bahagian antaranya AEON Co (M) Bhd, RHB Bank Bhd, United Solar Energy Malaysia Sdn Bhd dan FGV Holdings Bhd.

Sim juga berkata TalentCorp sedang melaksanakan satu kajian impak terhadap kesan AI, digitalisasi serta ekonomi hijau ke atas pasaran kerja di Malaysia dan laporan interim akan siap dalam tempoh enam bulan.

Beliau berkata laporan itu akan memberi satu kerangka atau panduan bukan sahaja kepada kerajaan dan pembuat dasar untuk merangka polisi yang lebih sesuai tetapi juga syarikat dan pekerja rakyat Malaysia secara amnya untuk mempersiapkan diri dalam mendepani ekonomi abad ke-21.

“Dengan adanya kajian ini, kita akan lihat contohnya apakah kesan ekonomi hijau dan AI kepada pekerjaan sedia ada, apakah kerja yang akan kekal dalam ekonomi baharu ini dan pekerjaan yang mungkin diganti dalam bentuk lain.

“Jadi, dengan kerangka ini baru kita boleh membuat keputusan yang lebih tepat dari segi bentuk latihan yang harus diberikan kepada pekerja kita atau insentif yang harus diberikan kepada syarikat SME (perusahaan kecil dan sederhana) dan rakyat Malaysia,” katanya.

Orang ramai dijemput hadir ke Karnival Kemahiran Hijau Kesuma dan Karnival Kerjaya Hijau MyFutureJobs 2024 yang bermula hari ini hingga Sabtu dari 10 pagi hingga 5 petang di pusat beli-belah Avenue K di sini.

Perkeso akan turut mengadakan Karnival Kerjaya MYFutureJobs KESUMA Madani bersempena Hari Pekerja 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 30 April dan 1 Mei ini, yang menawarkan lebih 10,000 jawatan kosong.

Karnival itu akan turut diadakan di beberapa negeri iaitu Kelantan (4 hingga 5 Mei), Johor (5 Mei) dan Sarawak (18 hingga 19 Mei).

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings