the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Langkah pencegahan kerosakan pengangkutan awam diperkenal, elak masalah sama berulang

KUALA LUMPUR: Penyelenggaraan baharu iaitu Mean Kilometres Between Failure (MKBF) dilaksanakan sebagai langkah pencegahan kerosakan teknikal perkhidmatan rel dan bas, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke (gambar).

Beliau berkata MKBF merupakan satu petunjuk untuk menilai keberkesanan setiap pengangkutan awam khususnya untuk rel kerana laluan itu sejak beberapa tahun kebelakangan ini sering mengalami masalah teknikal.

“Kita mesti bawa budaya penyelenggaraan baharu… sebelum ini kita menyelesaikan masalah apabila timbul masalah tetapi paradigma baharu kita adalah memastikan setiap kali ada masalah, kita lakukan langkah pencegahan iaitu satu budaya penyelenggaraan yang lebih sistematik… kita kena tahu komponen peralatan yang perlu diperbaharui dan ditukar sebelum sampai akhir hayat komponen tersebut,” katanya.

Loke berkata demikian ketika ditemu bual dalam program Selamat Pagi Malaysia terbitan Radio Televisyen Malaysia sempena Program Setahun Kerajaan Madani di sini hari ini.

Beliau berkata pengenalan penyelengaraan baharu itu merupakan satu indeks prestasi utama setahun Kementerian Pengangkutan di bawah Kerajaan Perpaduan.

Loke berkata petunjuk prestasi utama kementerian itu mencerminkan tiga fokus utama tahun ini iaitu memperkasa sistem pengangkutan awam, memacu pendigitalan dan memperkukuh keselamatan jalan raya.

Beliau berkata sebagai contoh, kementerian itu telah melaksanakan beberapa agenda ke arah pendigitalan perkhidmatan antaranya cukai jalan dan lesen digital di bawah Jabatan Pengangkutan Jalan yang turut menjadi indeks prestasi utama setahun di bawah Kerajaan MADANI.

“Walaupun ada beberapa kekangan dan kekurangan yang kita hadapi, itu merupakan langkah pertama untuk kita ke arah satu sistem perkhidmatan yang lebih digital, yang tidak perlu berinteraksi melalui kaunter, boleh dipaparkan dan juga perkhidmatan itu boleh diperoleh melalui pendigitalan.

“Itu merupakan satu proses penting yang perlu kita mulakan walaupun mungkin ada dalam kalangan rakyat yang masih belum bersedia ataupun tidak begitu menyesuaikan diri dalam perkhidmatan digital ini namun saya yakin apabila ia dilancarkan, lama-kelamaan rakyat akan merasakan bahawa itu perkhidmatan yang terbaik kepada mereka,” katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Trump orders disclaimer signs outside museum of American history

The order calls on federal officials to "install temporary signage" on public walkways outside the building to "notify visitors that the Museum exhibits should be renovated" to reflect "accurate information regarding America's history."

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings