the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

McDonald's Malaysia terima penjelasan BDS Malaysia

KUALA LUMPUR: McDonald’s Malaysia akan menarik balik saman fitnah jenamanya terhadap kumpulan pro-Palestin, Boycott, Divestment, Sanctions (BDS) Malaysia.

Pengarah Urusannya dan rakan operasi tempatan Datuk Azmir Jaafar berkata saman itu difailkan untuk memastikan kedudukan McDonald’s Malaysia mengenai konflik Asia Barat diterangkan dengan jelas.

“ Dengan hasil positif pengantaraan dan penjelasan yang dibuat oleh BDS dalam kenyataan mereka baru-baru ini, mengakui bahawa tindakan pengendali McDonald’s di Israel adalah bebas sepenuhnya daripada McDonald’s Malaysia, kami akan menarik balik saman undang-undang itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya pihaknya berpendirian teguh untuk tidak menyokong atau terbabit dalam sebarang konflik atau peperangan.

“Selepas beroperasi selama lebih empat dekad di Malaysia dan menjadi perniagaan 100 peratus milik Muslim, kami berbangga menjadi ahli masyarakat setempat serta tidak berbelah bahagi dalam komitmen kami terhadap ketelusan, amalan perniagaan beretika dan tanggungjawab sosial terhadap rakyat Malaysia.

“Kami bersimpati dengan mangsa yang tidak bersalah di Gaza yang terperangkap dalam konflik. McDonald’s Malaysia dengan tegas mengutuk semua bentuk keganasan dan berdoa agar perang berakhir dan keamanan berterusan,” kata Azmir.

Menurutnya syarikat itu kekal komited untuk membantu rakyat Palestin yang terjejas akibat konflik dengan menyumbang kepada Tabung Kemanusiaan Palestin dan menganjurkan aktiviti mengumpul dana pekerja untuk terus menyokong usaha bantuan di Gaza.

“ Kami berharap keputusan yang dibuat hari ini membolehkan semua pihak bergerak ke hadapan dan menumpukan usaha mencari resolusi yang menegakkan keadilan,” katanya.

Disember lalu, Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd, pemegang lesen McDonald’s di Malaysia, menuntut BDS Malaysia mewngeluarkan permohonan maaf atas dakwaan kenyataan berunsur fitnah dan RM6 juta sebagai ganti rugi khas. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings