the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ops Rempit: JPJ Pulau Pinang keluar 214 notis saman

GEORGE TOWN: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang mengeluarkan 214 notis saman terhadap penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan menerusi Ops Rempit bagi mencegah lumba haram di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, semalam.

JPJ dalam kenyataan hari ini memaklumkan operasi dijalankan Unit Operasi JPJ Pulau Pinang bersama Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) itu turut menyita 10 motosikal.

“Operasi bermula 11.30 malam Ahad hingga 5 pagi Isnin (semalam) bertujuan mencegah aktiviti lumba haram atau menguji kelajuan motosikal, yang didapati berlaku terutama pada lewat malam hingga ke waktu awal pagi.

“Antara kesalahan dikesan ialah mengubah suai motosikal secara ekstrem bagi tujuan menambah kelajuan, tayar ‘sotong’, menanggalkan brek belakang, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi dan menukar ‘swing arm’,” menurut kenyataan itu.

Kesalahan lain ialah mengubah suai ekzos, memandu di bawah umur, tiada lesen memandu, lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh dan tiada perlindungan insurans serta gagal mempamer pelekat P.

Menurut kenyataan itu, JSPT turut mengeluarkan 25 notis saman manakala 10 notis kompaun dikeluarkan JAS.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings