the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Palestin: Tidak boleh hantar tentera lepasi sempadan negara, perlu mandat PBB – Mohamad

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak boleh sewenang-wenangnya menghantar tentera pengaman ke Palestin selagi tidak mendapat mandat daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Dewan Negara diberitahu.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan (gambar) berkata sebagai negara di bawah Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) serta anggota PBB, Malaysia mengambil pendirian tunggu dan lihat keputusan badan dunia itu selain pada masa sama, mengelak daripada bertindak secara bersendirian.

“Ramai yang WhatsApp, tulis dalam media sosial bertanya mengapa kita tidak menghantar tentera ke Palestin. Ini perlu saya jelaskan… kita tidak boleh sewenang-wenangnya hantar tentera atau askar kita keluar melepasi sempadan negara begitu sahaja.

“Jika kita bawa tentera kita keluar dari sempadan negara menuju ke satu-satu negara, itu sudah menjadi pengisytiharan perang negara kita ke atas negara tersebut, kita tidak dalam keadaan begitu,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 Peringkat Kementerian Pertahanan di Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata Angkatan Tentera Malaysia merupakan antara pasukan keselamatan yang diperakui peranannya di peringkat antarabangsa oleh PBB sejak negara mula aktif dalam misi pengaman di Republik Demokratik Congo, Timor Leste dan terkini Batalion Malaysia (Malbatt) ke Lubnan.

Mohamad berkata keputusan menghantar keluar pasukan tentera tidak terletak di tangan Kementerian Pertahanan sebaliknya ia satu dasar yang ditetapkan oleh Kementerian Luar.

Beliau yakin Malaysia akan menjadi antara negara yang diminta oleh PBB untuk bersama dalam misi pengaman di Palestin jika badan dunia itu, Liga Arab dan Pertubuhan Kerjasama Islam mendapat mandat daripada Majlis Keselamatan PBB berhubung keperluan tentera pengaman di kawasan bergolak.

“Di atas mandat itu, dan kerajaan juga membuat keputusan menjadi pasukan pengaman, saya dan kementerian tidak keberatan menghantar tentera kita untuk bersama-sama dalam misi tersebut,” katanya.

Persidangan Dewan Negara bersambung pada Isnin. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Politics not key factor for foreign investors, says MITI

Malaysia’s investment performance shows political speculation is not the main driver for foreign investors, says MITI, citing RM1.7 trillion in approved investments from 2021 to 2025.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings