the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, June 27, 2026
25.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis cari saksi kemalangan maut di Bagan Lalang

BUTTERWORTH: Polis sedang mengesan individu atau saksi yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan maut membabitkan dua buah kenderaan yang berlaku di persimpangan lampu isyarat Bagan Lalang, di sini pada Rabu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Supt Izwan Abd Karim berkata orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi balai polis polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat kes Insp Mohd Rizal Mohd Saberi di talian 018-4022120 atau 04-5741421.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila penunggang motosikal jenis Modenas Kriss yang ditunggang oleh seorang lelaki berumur 66 tahun yang datang dari arah Bagan Ajam menghala ke Bagan Lalang telah melalui di lampu isyarat dan pada yang sama datang sebuah kereta Perodua Axia dipandu oleh seorang lelaki berusia 29 tahun.

“Kereta itu dari arah Sungai Dua menghala ke Raja Uda dan bergerak lurus telah melanggar penunggang motosikal berkenaan, kemalangan itu menyebabkan penunggang motosikal cedera dan dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata berdasarkan bedah siasat, kematian warga emas itu disebabkan kecederaan parah akibat nahas berkenaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings