the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
27.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Rompak guru guna parang: Dua rakan dipenjara 10 tahun, tiga sebatan

TAWAU: Dua sahabat masing-masing dijatuhi hukuman penjara 10 tahun serta tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Tawau hari ini atas kesalahan merompak menggunakan parang ke atas seorang guru wanita di Kampung Pasir Putih di sini, dua minggu lepas.

Hakim Rosli Ahmad menjatuhkan hukuman itu selepas Muhamad Hafiz, 20, seorang penganggur dan rakannya seorang warga Indonesia Hamzah Azri, 43, yang juga buruh kontrak mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan kepada mereka.

Mereka dituduh merompak secara berkumpulan terhadap guru itu dengan menggunakan sebilah parang dan seutas tali nylon yang boleh menyebabkan kecederaan atau kematian di rumah mangsa beralamat Kampung Pasir Putih, di sini, pukul 5.40 pagi pada 15 Mac lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan hendaklah dikenakan sebatan bagi Seksyen 395 manakala Seksyen 397 pula hendaklah dikenakan hukuman sebatan sebagai tambahan kepada apa-apa hukuman lain yang dijatuhkan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan kedua-dua tertuduh menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh ditangkap iaitu pada 15 Mac lepas dan Hamzah perlu dirujuk ke Jabatan Imigresen sebaik selesai menjalani hukuman berkenaan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Syahnidzam Ahmad manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Sementara itu, Hamzah juga dijatuhi hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah kerana sengaja menghapuskan harta curi membabitkan rompakan terhadap guru berkenaan.

Harta terbabit adalah sebuah beg tangan coklat, sebuah dompet biru berlogo MK, lima kad bank, satu kad kesihatan, Mykad, satu buku akaun simpanan Lembaga Tabung Haji serta lesen memandu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada 15 Mac lepas mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan, dan Majistret Don Stiwin Malanjum mengarahkan tertuduh menjalani hukuman itu dari tarikh dia ditangkap.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Intan Jamrin manakala Hamzah tidak diwakili peguam. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings