the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, June 27, 2026
22.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Seorang daripada dua mangsa bot karam di Belaga ditemukan lemas

SIBU: Seorang daripada dua mangsa yang hilang dalam insiden bot karam di Long Menjawah, Belaga, pada Ahad ditemukan lemas, 50 meter dari lokasi kejadian, tengah hari tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata mayat Balavishnu Permaloo berusia 36 tahun ditemukan terapung pada pukul 1.15 tengah hari dan dibawa ke tebingan sungai oleh pasukan bomba sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Menurut bomba, seorang lagi mangsa dikenali sebagai Rhuban Apparoo berusia 30 tahun masih belum ditemukan dan operasi mencari dan menyelamat (SAR), masih diteruskan.

Beliau berkata selain pasukan keselamatan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Belaga, operasi SAR yang memasuki hari kedua hari ini turut disertai tiga agensi iaitu Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam dan Jabatan Sukarelawan Malaysia.

Pada 16 Jun, empat pekerja sebuah syarikat penyelenggaraan empangan Bakun dikatakan menyewa sebuah bot yang dikemudi oleh seorang penduduk kampung untuk tujuan bersiar-siar namun pada kira-kira 4.30 petang, bot tersebut telah karam akibat arus deras di Jeram Menjawah.

Akibatnya, dua daripada pekerja syarikat itu hilang dibawa arus deras manakala tiga lagi iaitu dua pekerja syarikat dan jurumudi terselamat.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings